BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 September 2009

Sifat Seorang Guru

Guru gigih memenuhi kriteria berikut:-

Berilmu. Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan keilmuan bagi memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Berkemahiran. Berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan skil pengajaran, membimbing dan membentuk anak-anak.

Tahap profesionalisme yang meningkat, mengubah dan membentuk sikap terpuji.

Berpersonaliti (prihatin dan penyayang) dan berketrampilan.

Pelajar soleh pula dapat memenuhi kriteria berikut:-

Akidah sejahtera.

Ibadah yang sahih dan diterima Allah.

Akhlak mantap.

Ilmu pengetahuan yang meningkat.

Keterampilan diri terpuji.

Sekolah cemerlang adalah sekolah yang mempunyai ciri berikut:-

Pengurusan cekap.

Kewangan mantap.

Suasana keIslaman terpelihara.

Pembinaan sahsiah terlaksana.

Proses pengajaran dan pembelajaran baik.

Pencapaian akademik meningkat.

Peraturan dihormati.

Keselamatan dan keceriaan diutamakan.

Kerjasama padu semua pihak.

Sempena Hari Guru tahun ini, eloklah hayati sajak bertajuk Guru Oh Guru karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

0 ulasan: