BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 8 September 2009

RETORIK

Retorik berasal daripada perkataan Yunani ‘rethor’ yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti jenis-jenis teks pidato. Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa. Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristotle.

Dalam konteks moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik. Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan perasaan orang.

Pemikiran retorik juga diasaskan kepada pendapat yang dikongsi bersama dan bertujuan untuk membentuk penghujahan sehingga kepada kesimpulan. Sekiranya sesuatu ungkapan itu tidak mengandungi sebarang isi, maka timbullah untkapan retorik kosong. Sehubungan dengan itu, retorik perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diketahui menganai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik. Perkara ini telah dipelajari dalam topik tatabahasa. Kedua. Pengetahuan mengenai objhek tertentu yang akan disampaikan dengan menggunakan bahasa.

Ciri-ciri umum retorik :
1) Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.
2) Ia perlu ada kekemasan dan ketersusunan wacana.

Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan.

0 ulasan: