BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 21 Ogos 2009

Suara Itu

Saatku nekad,
membuang ilusi-ilusi silam dihati
menyingkir desisi-desis pilu dijiwa
ada lunak suara yang menyangkal
membiarkan ilusi itu terus wujud
menyimpan pilu sebagai wadah perhiasan
tekalkan ia sebagai nadi kehidupan
tatkala purnama berganti purnama
suara lunak itu aku temui
dalam khayalan nyata
suara yang sering mengajarku tentang gembira
suara yang boleh membuatkan aku bahagia
seringkali membuatkan aku mengenali
indahnya kehidupan
bila disapa manisnya senyuman
suara itu,
sering menemaniku di kala resah gelisah
menyapaku di kala ngilu membelit hati
sering ada menemani sendu tangisku
bila suara itu lenyap
akulah yang setia menanti, dan
akulah perindu suara itu
yang hingga kini
terus menemani setiap langkahku
seringkali memberiku bahagia
hanya dengan suara itu
hidupku dihiasai sinar bagaikan mentari
melengkapkan yang terkurang
menambah apa yang sedia ada
dan suara itu,
akan terus menemaniku
selagi hati ini kusisipkan namamu...

hasil tinta : lamanintuisi 21/08/09 7.10 pm

Khamis, 20 Ogos 2009

Yang Berjaya

Orang yang berjaya tahu apa kehendaknya dan mempunyai rancangan untuk mendapatkannya. Dia percaya dengan kebolehannya dan memperuntukkan masa untuk mencapai hasratnya.

Sifat orang berjaya adalah kerana keupayannya mempengaruhi orang lain dan dapat bekerjasama melaksanakan sesuatu rancangan dan tindakan.

Orang berjaya berfikir sebelum bercakap. Dia menimbangkan tutr katanya dengan tertib. Dia memperlihatkan kegembiraannya dengan orang lain dan tidak menonjolkan sesuatu yang tidak disukai orang

Orang berjaya mencetuskan pendapat setelah berjaya melakukan sesuatu perkara.

Orang berjaya tahu memperuntukkan masa, pendapatan, dan perbelanjaan. Dia hidup dalam takungan keupayaanya.

Orang yang berjaya mempunyai minat terhadap orang ramai khususnya terhadap banyak perkara.

Orang yang berjaya akan mengikuti perkembangan semasa dan merasaka satu tanggugjawab untuk mengetahui apa yang sedang berlaku yang bukan sahaja dalam lingkungan tugas, pejabat, persekitaran dan negerinya, malah, terhadap seluruh dunia.

Orang yang berjaya memiliki pandangan dan fikiran yang positif pada setiap ketika. Dia menerima hakikat bahwa kedudukannya dalam dunia dan kejayaan yang dimilikinya bergantung kepada mutu dan kuntiti khidmat yang diberinya. Dia menjadikan tabiat untuk memberi khidmat yang dia janjikan.

Orang yang berjaya menunjukkan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta dan melahirkan rasa syukur dalam sembahyang serta membuat kebajikan dengan membantu orang.

Rabu, 19 Ogos 2009

Kelebihan solat tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir̢۪aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Info from Nizka501

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Info dari Nizka501

Anda Adalah Apa Yg Anda Fikirkan

ANDA ADALAH APA YG ANDA FIKIRKAN

Jika anda fikir anda tewas

Anda akan tewas

Jika anda fikir anda takut

Anda akan takut

Jika anda ingin menang

Tapi anda fikir anda tidak boleh

Besar kemungkinan anda tidak akan menang

Jika anda fikir anda akan kalah

Anda akan kalah

Kerana didunia ini

Anda akan temui

Kejayaan bermula dari pemikiran insan

Semuanya tertanam dalam mindanya

Jika anda fikir anda tersisih

Anda akan tersisih

Anda patut berjiwa besar untuk maju

Anda patut yakin pada diri sendiri

Sebelum anda boleh menang

Perjuangan hidup tidak semestinya

Berpihak kepada insan yang kuat dan pantas

Lambat laun, insan yang menang ialah

Insan yang berfikir dia boleh